ARKIB : 01/05/2001
SABAH meneruskan tekanan ke
atas pendahulu liga, Johor FC apabila mengutip tiga mata penuh menewaskan
Telekom Melaka 2-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Dua di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Sabah kini mengutip 15 mata
daripada tujuh perlawanan tetapi ketinggalan tiga mata di belakang Johor FC
yang tidak bermain semalam.
Zainizal Marjan menjaringkan
kedua-dua gol Sabah pada minit ke-37 dan 49.
Di Stadium Selayang, Polis
mencatat kemenangan pertama mereka selepas menewaskan JKR Kedah 2-1.
JKR Kedah bagaimanapun,
mengejutkan Polis dengan jaringan pembukaan seawal minit ketujuh tetapi Polis
membalas dengan dua gol pada babak kedua menerusi P. Karthikesan (61) dan
Baharuddin Othman (67).
Di Stadium Hassanal Bolkiah,
Bandar Seri Begawan, jaringan Azmi Mohamed minit ke-37 memberi kemenangan 1-0
NS Chempaka ke atas Brunei, kemenangan kedua pasukan itu.
NS Chempaka kini meraih
sembilan mata untuk mengatasi Telekom Melaka yang tewas tetapi berkongsi mata
dengan Tentera dan Brunei yang turut tewas semalam.
Tentera tewas tipis 1-0 kepada
JKR Kelantan di Stadium KLFA, Cheras menerusi jaringan Rosairil Asrol Mat Nor
minit ke-66.
Di Stadium Darulaman, Alor
Setar, tuan rumah Kedah tersungkur 3-0 kepada TNB Kelantan.
Gol-gol pasukan pelawat
dijaringkan oleh Hamdi Ibrahim (45), Zainuddin Mohd. Ariffin (55) dan Ahmad
Tahrin Yusof (75).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4baiabGfa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan