ARKIB : 10/07/2001
HASRAT Sabah untuk mengambil
alih kedudukan teratas bola sepak Perdana Dua tidak kesampaian apabila hanya
mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pendahulu liga, Johor FC di
Stadium Penampang, Kota Kinabalu, semalam.
Dengan keputusan itu, Johor FC
kekal di tangga teratas dengan 29 mata, satu mata di atas Sabah di tempat
kedua.
Brunei pula kekal di tangga
ketiga apabila menumpaskan KL Malay Mail 1-0 di Stadium Hassanal Bolkiah,
Bandar Seri Begawan.
Jaringan tunggal perlawanan
dijaringkan oleh Awangku Mohamad Shahrom Pengiran Ismail pada minit ke-11.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, NS Chempaka mencatatkan kemenangan mudah 3-0 ke atas pasukan pelawat,
JKR Kedah.
NS Chempaka bagaimanapun
terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk menjaringkan kesemua gol menerusi
S. Nanthakumar minit ke-46, Mohd. Khaidir Mohd. Don (74) dan Mohd. Ayub Alias
(82).
Sementara itu, JKR Kelantan
berkenduri gol apabila menumpaskan Kedah 7-2 di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV,
Kota Bharu.
Zool Ihsan Yunus menjaringkan
dua gol pada minit ke-50 dan 86. Adnan Musa menjaringkan gol pada minit ke-52
dan 81 (penalti) dan tiga lagi gol disumbangkan oleh Ahmad Faizal Othman (49),
Rosairil Asrul Mat Nor (59) dan Che Hisamuddin Hassan (67).
JKR Kedah membalas menerusi
Masri Junaidy Majid (77) dan Mohd. Rafdi Abd. Rashid (80).
Di Stadium KLFA, Cheras,
Tentera gagal membaiki kedudukan apabila hanya seri 1-1 dengan Polis.
Telekom Melaka gagal meneruskan
kecemerlangan di Stadium Kubu, Melaka apabila sekadar mencatat keputusan seri
2-2 dengan TNB Kelantan. minggu lalu, mereka mengejutkan Johor FC di gelanggang
sendiri dengan 2-1.
Telekom mendahului 2-0 menerusi
jaringan Shaheful Adnan pada minit ke-30 dan Mohd. Hardy Jaafar minit ke-37.
Bagaimanapun, TNB Kelantan
bangkit pada babak kedua untuk memaksa keputusan seri menerusi jaringan
Baharudin Ghazali minit (76) dan penyerang veteran, Hashim Mustapha (80).
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bhOMaaMs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan