ARKIB : 02/07/2001
TNB Kelantan berputih mata
apabila kecundang dua gol tanpa balas kepada Sabah dalam perlawanan bola sepak
Perdana Dua di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu, semalam.
Kedua-dua gol Sabah dijaringkan
oleh Shahrin Majid dalam separuh masa kedua iaitu pada minit ke-42 dan 63.
Sepanjang 90 minit permainan
kedua-dua pasukan sering berbalas serangan, tetapi kelemahan di barisan
serangan menyaksikan pasukan tuan rumah gagal menyempurnakan setiap asakan.
Kelemahan mereka dihukum
apabila Shahrin berjaya menyepak masuk bola untuk gol pertama pasukannya,
berikutan kesilapan penjaga gol Nazliwadi Che Rosli yang menampan lemah
tandukannya sebelum itu.
Asakan demi asakan yang
dilakukan oleh Sabah selepas bermain agak hambar di babak pertama membuahkan
hasil apabila Shahrin berjaya menyempurnakan hantaran cantik Madzalan Emoi 18
minit selepas rehat.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bfrP5Jgk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan