ARKIB : 09/06/1999
KEMARAAN pemain Pulau Pinang,
Nordin Kamis (kanan) terkandas akibat rempuhan belakang oleh Henry Soimpon pada
perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Likas, Kota Kinabalu,
semalam. Sabah menang penalti 4-3 selepas seri 0-0 masa sebenar. - Gambar
GHAZALI BASRI.
PULAU Pinang turut menempah
tiket ke Piala Malaysia biarpun tewas dengan penentuan penalti 3-4 kepada Sabah
selepas seri tanpa jaringan dalam masa sebenar di Stadium Likas, Kota Kinabalu,
semalam.
Sebaliknya Sabah yang memungut
dua mata terpaksa berpuas hati dengan kemenangan penalti untuk turut memburu
tempat seterusnya ke Piala Malaysia.
Begitupun, tuan rumah patut
menyalahkan pemainnya kerana tidak menjamin kemaraan yang lebih kukuh dengan
memperoleh tiga mata penuh.
Anak buah Ken Worden ini dalam
pada itu masih kebal daripada sebarang kekalahan sejak bertukar jurulatih bulan
lalu.
Sabah menyudahkan penaltinya
menerusi Mohd. Jaya Kassim, Moktar Dayoh, Jainin Tinin dan Henry Soimpon.
Sementara tiga jaringan penalti
Pulau Pinang dilakukan oleh S. Nanthakumar, Chee Wan Hoe dan penjaga golnya,
Azlisham Berahim.
Brunei pula menghidupkan
peluangnya yang hampir tertutup untuk mara ke Piala Malaysia dengan menundukkan
juara tahun lalu, Perak 5-2 di Stadium Berakas, Bandar Seri Begawan.
Tuan rumah yang mendahului pada
babak pertama 4-2 beroleh dua jaringan melalui Patron Akapo (minit kelapan dan
41) dan Rosanan Samak (22 dan 51) selain satu menerusi Rosli Liman (40).
Perak bagaimanapun sempat
merapatkan jurang dengan dua gol menerusi Liew Kit Kong pada minit keenam dan
Azrul Amri Burhan, minit ke-37.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4RqIl8tkK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan