ARKIB : 07/10/1998
SABAH menang bergaya apabila
menewaskan Pahang 4-1 pada perlawanan kumpulan B bola sepak Piala Malaysia di
Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam, lapor HARON SHAFEI.
Gol pertama Sabah diperoleh
pada minit ke-23 separuh masa pertama hasil sepakan pemain importnya, Veselin
Kovasevic yang menerima hantaran cantik Yap Wai Loon di luar kawasan petak
penalti.
Gol kedua Sabah diperoleh
melalui pemain import Sabah, Saphou Lassy pada minit ke-30 separuh masa pertama
setelah menerima hantaran lintang yang dibuat oleh Mokhtar Dayoh di luar petak
penalti.
Sabah menghasilkan gol ketiga
menerusi Saphou Lassy hasil hantaran Suharmin di luar kawasan petak penalti
pada minit ke-67.
Dalam kerancakan pasukan Sabah
mengatur serangan bertubi-tubi ke kubu pasukan Pahang, pemain import Pahang,
Melnikov Viatcheslav berjaya mencuri ruang pada minit ke-81 apabila menghukum
kelalaian pertahanan Sabah dengan menyepak masuk bola menewaskan penjaga gol,
Khairul Azman Mohamad.
Sorakan hampir 6,000 penonton
bergema lagi apabila Saphou sekali lagi bertindak cemerlang menyumbat gol
keempat Sabah pada minit ke-83.
Saphou yang dijatuhkan oleh
pemain import Pahang, Kofi Ampiah dalam petak penalti telah mendapat sepakan
percuma. Bagaimanapun sepakannya dapat ditampan penjaga gol Muadzar Mohamad.
Saphou yang tidak membuang
masuk terus menyepak bola masuk ke dalam pintu gol Pahang. Kofi yang bertindak
kasar ke atas Saphou telah menerima kad kuning dari pengadil.
Pemain-pemain Pahang yang
diketuai Azizul Kamaludin telah cuba bangkit membuat serangan bertubi-tubi ke
kawasan pertahanan Sabah tetapi serangan mereka berjaya dikekang oleh pemain
pertahanan Sabah.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4OlG2RGeA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan