ARKIB : 31/07/2001
SABAH mencipta kemenangan
paling berharga apabila menumpaskan Brunei 3-2 di Stadium Sultan Hassanal
Bolkiah untuk memintas kedudukan Johor FC pada kedudukan teratas bola sepak
Perdana Dua, semalam.
Suharmin Yusof menjadi wira
Sabah apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-32 dan 37. Brunei pula
membalas menerusi Awangku Shahrom minit ke-55 dan Fadlin Gelawat minit 86.
Kedua-dua pasukan mengumpul 35
mata dan turut terikat dari segi jumlah jaringan. Bagaimanapun Sabah memiliki
kelebihan kerana bermain 17 perlawanan, kurang satu berbanding Johor FC.
Sementara itu, Johor FC sekadar
mencatat seri 1-1 dengan TNB Kelantan di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota Bharu,
semalam. Idris Karim menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 setelah tuan
rumah mendahului menerusi jaringan Zainuddin Arifin minit 20.
Pasukan di tangga kelima liga,
JKR Kelantan pula menerima kejutan apabila dibelasah 4-1 oleh Polis di Stadium
Selayang.
Di Stadium Darulaman, Kedah
turut hampa apabila tewas 1-0 kepada Telekom Melaka.
KL Malay Mail gagal menggunakan
kesempatan bermain di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan
seri tanpa jaringan dengan pasukan tercorot liga, JKR Kedah di Stadium KLFA,
Cheras.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4bhpbGRHA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan