ARKIB : 10/02/2002
SABAH mengutip tiga mata penuh
di gelanggang sendiri apabila membenam Negeri Sembilan 2-0 dalam saingan bola
sepak Liga Perdana Satu di Stadium Penampang, Kota Kinabalu, semalam.
Kedua-dua gol pada separuh masa
kedua itu cukup menggembirakan penyokong tuan rumah selepas kejayaan menewaskan
MPPJ Selangor pada perlawanan piala FA minggu lalu.
Ia juga adalah kemenangan
pertama Sabah selepas tiga perlawanan liga untuk mengumpul empat mata. Sebelum
ini Sabah seri 1-1 dengan Sarawak dan tewas 2-1 kepada Pulau Pinang.
Gol pertama Sabah dihasilkan
menerusi gerakan pemain tengah, K. Sambagamaran yang menanduk bola hasil
umpanan Zainizam Marjam.
Tandukan itu mengenai pemain
pertahanan Negeri Sembilan, Shahrizan Mohamad pada minit ke-58 sekali gus masuk
ke gawang sendiri dan menewaskan penjaga gol, Suffian Abdul Rahman.
Selepas gol pertama, Sabah
terus menggandakan serangan untuk memastikan tidak berputih mata di hadapan
lebih 4,000 penyokong sendiri.
Seton bagaimanapun membuktikan
kehebatannya apabila menyumbat gol kedua untuk pasukannya enam minit sebelum
perlawanan tamat.
Gol tersebut adalah hasil
gerakan Shahrin Majid yang memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum
melorongkan bola kepada Seton yang melepaskan sepakan leret menembusi gawang
Negeri Sembilan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4bs12MYwY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan