ARKIB : 18/09/2003
MASIH ada dua hari lagi sebelum
berlangsung saingan sebenar bola sepak Piala Malaysia 2003 namun empat pasukan
yang terlibat sudah mula merasa bahangnya.
Ini memaksa pasukan terlibat,
Perlis, Perak, Sabah dan MPPJ mengharungi latihan lebih gigih bagi memastikan
kemenangan awal Sabtu ini sebagai bekalan sebelum menghadapi separuh akhir
kedua.
Sabah juga tidak terkecuali.
Selepas dua kali tewas dalam perlawanan akhir piala berprestij di tanah air
itu, skuad Badak tidak mahu kempunan lagi.
Sehubungan itu, bagi
merealisasikan impian ke saingan akhir, Sabah sudah tidak mempunyai masa untuk
``berehat'' panjang, malah barisan pemainnya sudah mencongak strategi untuk
memburu kemenangan menentang Perak.
Latihan rapi setiap hari itu
dikendalikan Pengarah Teknikal, Peter Butler.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4dZHxanmb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan