ARKIB : 31/03/2007
KUALA LUMPUR Pasukan di
tangga kedua tercorot Liga Perdana, Sabah meleburkan rekod tanpa kalah
UPBMyTeam musim ini apabila mencipta kemenangan 3-1 dalam perlawanan di Stadium
Likas, Kota Kinabalu, semalam.
Kekalahan mengejut pendahulu
Liga Perdana itu kepada Sabah bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan
UPBMyTeam di puncak liga tetapi kini diekori rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
di tangga kedua yang bermain kurang satu perlawanan.
Bagi Sabah pula, mereka berjaya
memperbaiki kedudukan dengan melonjakkan diri dalam kelompok pertengahan liga.
Pemain import, Charles Obi
(m-49, 86) menyumbang dua gol buat Sabah dan satu lagi menerusi Chow Chee Weng
(m-45) manakala UPBMyTeam bernasib baik dibantu jaringan sendiri pemain tuan
rumah, Prince Eboagwu Etuew (m-54) untuk gol saguhati.
PDRM pula bijak mengambil
kesempatan daripada kekalahan UPBMyTeam itu untuk mengurang jurang perbezaan
kepada satu mata selepas menewaskan Johor Pasir Gudang 4-3 di Stadium Tan Sri
Hassan Yunus Larkin.
Gol PDRM dijaringkan B. Rajinikandh
(m-51), Bernard Muwalala (m-67, 84) dan John Mawalwa (m-88) manakala gol Johor
Pasir Gudang disumbang Douglas Santos (m-38) dan Aiya Juyoni Imola (m-46, 71).
Dalam perlawanan di Stadium
Darul Aman, Alor Star, tuan rumah, Kuala Muda Naza tumpas 1-2 kepada Kuala
Lumpur.
Pasukan pelawat memperolehi gol
menerusi Jorge Armando (m-7) dan Lamei Kevin Andre (m-85 manakala gol Kuala
Muda dijaringkan Mohd. Shahalrizam Mat Rani (m-41).
Kelantan pula diikat 1-1 oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ) dalam perlawanan di Stadium Sultan
Mohd. Ke-IV Kota Bharu.
Tuan rumah lebih dulu membuka
jaringan menerusi Khairan Eroza Razali (m-65) sebelum PKNS menyamakan kedudukan
menerusi Sapian Wahid (m-87).
Di Stadium KLFA, Cheras pula,
KL Plus hanya mencatat keputusan seri 3-3 dengan Shahzan Muda untuk terus
menghuni tempat tercorot liga.
Manakala bagi Shahzan Muda,
mereka kekal di tangga keempat liga di belakang UPBMyTeam, PDRM dan PKNS.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tQNBVk3i
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan