ARKIB : 26/05/1998
Gol Madzalan kecewakan Sarawak
SABAH mencatatkan kemenangan di
tempat sendiri, 1-0 dengan menewaskan 'jiran' Sarawak pada perlawanan Perdana
Satu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi, lapor WAN NORAZAH WAN CHIK.
Sabah memperoleh gol kemenangan
menerusi Madzalan Emoi pada minit ke-77 selepas melakukan beberapa asakan di
kubu pertahanan Sarawak.
Sarawak yang banyak bermain
dalam keadaan tertekan dan bertahan gagal melakukan penyudah yang berkesan
sehinggalah pada minit terakhir, mereka melakukan cubaan terbaik menerusi Ramli
Sari.
Bagaimanapun bola sepakan padu
pemain itu terkena palang dan melantu keluar, yang sekali gus menyaksikan
peluang untuk mengutip satu mata berkecai untuk Sarawak.
Sabah yang mengutip tiga mata
pada perlawanan itu, terpaksa menyaksikan kad kuning diterima mereka selepas
pengadil memberikan kepada Harun Laban.
Namun begitu permainan Sabah
yang agak bersahaja pada babak pertama, bertukar menjadi lebih agresif di
separuh masa kedua sebaik sahaja Jainin Tinin menggantikan ketua pasukan Jelius
Ating.
Kemenangan Sabah itu memberikan
sedikit harapan untuk terus memperbaiki kedudukan pada senarai liga Perdana Satu
ini.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4JrhoVsxU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan