Jumaat, 19 Januari 2018

Sabah dapat kembali Zaykiel

ARKIB : 14/03/2009
KOTA KINBALU - Skuad Badak akan mendapatkan kembali khidmat bekas pemainnya, Zaykiel Leong bagi memperkasakan jentera serangan dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Difahamkan, penggempur berusia 28 tahun itu yang merupakan bekas gandingan Zainizam Marjan juga berminat untuk kembali bersama pasukan bimbingan Wathiq Naji itu.

Sebelum ini, Zaykiel mengambil keputusan mengundurkan diri dari skuad Badak berikutan terikat dengan komitmen pekerjaannya dalam bidang farmasi.

Untuk rekod, Zaykiel beraksi bersama skuad Badak selama tiga musim (2003 hingga 2005).

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) mahupun Zaykiel sendiri enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu atas alasan 'ia sedang dalam peringkat perbincangan'.

Pengurus Sabah, Rahman Zakaria memberitahu, pemain berpengalaman seperti Zaykiel penting bagi mengimbangi barisan pemain Sabah yang majoritinya adalah pemain baru pada musim ini.

''Kemunculan Zaykiel pasti menambah kekuatan Sabah kerana dalam beberapa musim liga sebelum ini dia merupakan kesebelasan utama pasukan kita," katanya kepada Utusan Malaysia.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz54gPsRH6E

© Utusan Melayu (M) Bhd